PENGENALAN
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) adalah satu inisiatif jangka masa panjang yang bermula dari peringkat kanak-kanak bagi melahirkan generasi baru pengguna jalan raya yang mengamalkan budaya selamat, beradab, berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Usaha pembentukan bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah boleh menyumbang kepada keharmonian, kemakmuran dan pembangunan negara.Pendidikan keselamatan jalan raya merupakan proses pendidikan sepanjang hayat dan harus bermula di peringkat sekolah rendah, merangkumi program bagi mengajarkan amalan keselamatan lalu lintas dari seawal sekolah rendah hingga ke sekolah menengah supaya pendidikan keselamatan jalan raya menjadi sebahagian daripada amalan budaya dan amalan bagi setiap kanak-kanak di Malaysia. Justeru, Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya telah diluluskan dalam Mesyuarat. Jawatan Kuasa Kabinet Menggenai Keselamatan Jalan Raya Bil. 1/2006 yang telah dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 15 Mei 2006.
Program ini bertujuan untuk memupuk pemahaman dalam kalangan kanak-kanak dan ibu bapa mengenai bahaya semasa berada di jalan raya dan amalan yang baik dan selamat sebagai seorang pejalan kaki dan pengguna jalan raya.
Matlamat
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Rendah (PKJR) bermatlamat untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran asas tentang keselamatan jalan raya bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah. Selain itu, murid dapat memahami, menghayati serta mengamalkan langkah-langkah memelihara keselamatan diri dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain.
Objektif Khusus
|
Jenis kenderaan di jalan raya
Terdapat beberapa jenis kenderaan yang berbeza di jalan raya seperti :
- lori
- bas
- kereta
- basikal
- motosikal
- ambulans
- kereta polis
- kereta bomba
lori
bas
kereta
basikal
motosikal
ambulans
kereta polis
kereta bomba
Prosedur melintas dengan selamat
Jalan raya adalah tempat yang berbahaya terutamanya kepada kanak-kanak. Kanak-kanak lebih selamat melintas jalan raya bersama-sama dengan orang yang lebih dewasa. Orang dewasa perlu memimpin tangan kanak-kanak semasa melintas bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Sehubungan itu, sebelum melintas, pejalan kaki harus mengenalpasti tempat yang paling selamat untuk melintas seperti :
- tempat melintas yang disediakan ;
- tempat melintas atau persimpangan yang diselia atau dikawal ;
- jejantas ; dan
- tempat yang membolehkan trafik dilihat dengan jelas dari semua arah.
Tambahan lagi, pejalan kaki terutamanya bagi golongan kanak-kanak harus mengetahui prosedur yang selamat untuk melintas. Terdapat beberapa langkah tertentu yang perlu dilakukan ketika hendak melintas. Kata kunci yang boleh diingat secara ringkas dalam prosedur melintas jalan raya dengan selamat adalah :
- berhenti ;
- lihat ;
- dengar ;
- fikir ; dan
- berwaspada.
Berikut merupakan beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk melintas jalan raya dengan selamat :
LANGKAH 1
~ Berhenti di bendul jalan dan undur satu langkah ke belakang ~
LANGKAH 2
~lihat kanan kemudian kiri, kemudian lihat kanan kembali untuk memastikan tiada kenderaan datang~
Lihat kiri
Lihat kanan sekali lagi
LANGKAH 3
~ Dengar bunyi bagi sebarang lalu lintas yang datang ~
LANGKAH 4
~ Fikirkan sama ada jalan raya sudah selamat dilintas atau belum ~
LANGKAH 5
~ Berwaspada sambil melihat ke kiri dan ke kanan. Lebih selamat melintas sekiranya orang dewasa memimpin tangan kanak-kanak semasa melintas ~
Lima langkah melintas jalan raya tersebut haruslah diamalkan dan sempurnakan langkah-langkah tersebut agar dapat melintas jalan raya dengan selamat.
~lihat kanan kemudian kiri, kemudian lihat kanan kembali untuk memastikan tiada kenderaan datang~
Lihat kiri
Lihat kanan sekali lagi
LANGKAH 3
~ Dengar bunyi bagi sebarang lalu lintas yang datang ~
LANGKAH 4
~ Fikirkan sama ada jalan raya sudah selamat dilintas atau belum ~
LANGKAH 5
~ Berwaspada sambil melihat ke kiri dan ke kanan. Lebih selamat melintas sekiranya orang dewasa memimpin tangan kanak-kanak semasa melintas ~
Lima langkah melintas jalan raya tersebut haruslah diamalkan dan sempurnakan langkah-langkah tersebut agar dapat melintas jalan raya dengan selamat.
(dipetik daripada laman web https://sites.google.com/site/webpkjr/home)
Sesiapa yang ada mengajar BM di sekolah, pasti akan mengajar tentang PKJR ini, jadi harap bahan-bahan ini dapat membantu anda semua,selamat mengajar!
ReplyDeleteTerima kasih cikgu ti.. PKJR ini banyak membantu saya.
ReplyDeleteHai Cikgu, Saya nak tanya kaedah pengajaran apa yang selalu digunakan untuk mengajar PKJR di sekolah adakah Buku, Aplikasi Komputer atau Aplikasi Mobile Phone?
ReplyDeleteDimana saya boleh dpt buku ni?
ReplyDeletegood
ReplyDeleteTerbaik,mantap, hebat PKJR
ReplyDeleteSelamat berkarya,ilmu yg bermanfaat
ReplyDeleteMoga dipermudahkan urusan